DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN (DUP)

Sinopsis Program

Diploma Pengurusan Pelancongan secara khusus dibangunkan untuk menyediakan liputan komprehensif mengenai pelbagai komponen industri pelancongan dan aktiviti kecekapan khusus yang diperlukan seperti dalam operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, pemasaran pelancongan dan perkhidmatan interpretasi pelawat. Kecekapan asas lain dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, komunikasi, keselamatan dan kesihatan, pembangunan keusahawanan juga tertanam dalam program ini. Pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi pengurusan pelancongan menyediakan graduan dengan pelbagai peluang pekerjaan. Selain pengetahuan teknikal dan kemahiran, program ini juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam dan moral, ko-kurikulum, kemahiran interpersonal dan keusahawanan.

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan pelancongan yang boleh digunakan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka mengisi mana-mana jawatan sebagai berikut:

 

  • Pegawai Pelancongan
  • Pemimpin Pelancongan
  • Kakitangan Perjalanan dan Pelancongan
  • Pegawai Pembangunan Pakej Perjalanan
  • Perunding Percutian
  • Jualan dan Pemasaran Pelancongan
  • Personel Taman Tema
  • Personel Tarikan Taman
  • Personel Operasi Tarikan
  • Kakitangan Hiburan dan Rekreasi
  • Kakitangan Rekreasi
  • Personel Kemudahan Rekreasi
  • Usahawan dalam Pelancongan, Perniagaan Perjalanan dan Pelancongan

 

jadual waktu

kelas dup 1a

sesi disember 2019

kelas dup 1b

sesi disember 2019

hubungi kami

Pautan umum

Hakcipta 2018-2020 Politeknik Tawau Sabah (PTS) | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | Pihak PTS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini | Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Safari atau pelayar sesawang lain versi tekini dengan resolusi 1024 x 768 | Sila padam history dan refresh halaman sekiranya paparan tidak dapat dilihat.

Pautan PANTAS

POLITEKNIK TAWAU SABAH

KM 36, JALAN APAS BALUNG

91009 TAWAU, SABAH,

MALAYSIA

Tel. : +6089 950 500

Faks. : +6089 950 501

Emel : admin@politawau.edu.my

PORTAL VERSI SELULAR

> Waktu Solat (e-Solat)

> Pautan & Muat Turun Staf

> Direktori Staf

> Admin Web Log In

> Pautan & Muat Turun Pelajar

> DUP

> DRT

> DHF