1) Apakah kursus - kursus yang ditawarkan oleh Politeknik Tawau Sabah (PTS)?

    Program yang ditawarkan adalah diperingkat Diploma sahaja. Senarai Program adalah seperti berikut:

 

  1. Diploma Pengurusan Pelancongan
  2. Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal - ditawarkan pada sesi Jun 2020
  3. Diploma Pelancongan Rekreasi - ditawarkan pada sesi Dis 2020

 

 

2) Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke PTS / IPTA ?

    Permohonan kemasukan ke PTS untuk kemasukan sesi Jun adalah dengan menggunapakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui portal UPU KPM di

    http://upu.moe.gov.my, manakala kemasukan sesi Disember adalah melalui Aplikasi Dalam Talian di portal Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar di

    http://ambilan/mypolycc.edu.my.

 

 

3) Apakah syarat kelayakan untuk memasuki PTS?

 

   1. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (Politeknik Konvensional / METrO)

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

    2. Lulusan selain SPM

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

 

  •  Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
  •  Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
  •  Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

 

       * Rujuk portal http://ambilan/mypolycc.edu.my untuk senarai panjang. Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai di atas,

         sila hubungi Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.

 

    3. Lulusan APEL

 

 

4) Bilakah pengambilan pelajar dilakukan / bilakah permohonan boleh dibuat dan bagaimanakah caranya?

    Pengambilan pelajar baharu akan dimaklumkan melalui akhbar-akhbar utama dan portal rasmi Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar mengikut

    ketetapan yang telah dibuat oleh Bahagian tersebut. Sila rujuk portal : http://ambilan/mypolycc.edu.my

 

 

5) Apakah kelayakan pelajar untuk mendapat tempat di asrama, dan adakah makanan disediakan di asrama?

    Keutamaan akan diberikan kepada semua pelajar lelaki dan perempuan semester 1. Oleh kerana terdapat banyak kekosongan bilik buat masa ini, semua

    pelajar untuk semua semester layak menghuni. Makanan boleh dibeli di Kafeteria Asrama dan ditanggung sendiri oleh pelajar.

 

    * Barangan elektrik yang dibawa dari rumah perlu mendapat kebenaran Penyelia Asrama.

 

 

6) Adakah politeknik menawarkan tempat untuk lulusan sijil Kolej Komuniti?

    Ya, calon pelajar boleh mengikuti Program Diploma di PTS mengikut program-program yang tersenarai di para 3.2 di atas. Untuk syarat kelayakan masuk

    dan cara permohonan bagi semua calon lepasan lulusan sijil Kolej Komuniti, sila rujuk maklumat terkini di portal Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar,

    http://ambilan/mypolycc.edu.my.

 

 

7) Apakah syarat untuk lulusan sijil Politeknik bagi menyambung pengajian ke Program Diploma di mana-mana politeknik?

    Syarat kemasukan Program Diploma bagi semua lepasan sijil Politeknik ialah calon dikehendaki mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)

    bersamaan 2.00 dan ke atas atau sila rujuk portal Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar di http://ambilan/mypolycc.edu.my jika terdapat perubahan

    terkini untuk semua syarat.

 

 

8) Bolehkah pembelajaran dibuat secara sambilan di PTS, dan apakah syaratnya?

    Buat masa ini, PTS tidak menawarkan Kursus Secara Sambilan (KSS).

 

 

9) Berapakan jumlah yuran pengajian untuk mengikuti program di PTS?

 

  1. Bayaran Pendaftaran = RM600 untuk semester 1
  2. Yuran Pengajian = RM 200 untuk setiap semester 1,2,3,4 dan 5

 

   *  Yuran Pelbagai (semester 2,3,4 & 5) dan Yuran Asrama (penghuni asrama) tidak termasuk dalam Yuran Pengajian.

 

 

10) Siapakah yang membiayai pelajar-pelajar politeknik?

      Pelajar boleh memilih atau tidak, untuk mendapatkan penajaan berbentuk pinjaman atau biasiswa. Kebanyakan pelajar PTS ditaja oleh PTPTN,

      walau bagaimanapun terdapat juga penaja-penaja lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Yayasan Negeri-Negeri, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

      dan penajaan lain.

 

 

11) Apakah peraturan pakaian dan rupa diri pelajar?

      Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

 

 

12) Di manakah pelajar boleh mendapatkan peralatan pengajian?

      Pelajar boleh membeli peralatan umum seperti alatulis, buku tulis, baju dan peralatan lain di kedai Koperasi Politeknik Tawau Sabah Berhad atau di kedai

      berdekatan. Kebanyakan peralatan pengajian seperti peralatan rekreasi/sukan dan perisian sistem penempahan tiket kapal terbang (GDS) disediakan oleh

      PTS, bergantung kepada keperluan kursus yang diajar.

 

 

13) Adakah pelajar-pelajar baharu akan menjalani Minggu Suai Kenal (MSK)?

      Ya, pelajar-pelajar baharu diwajibkan menjalani MSK selama lebih kurang satu (1) minggu sejurus selepas pendaftaran.

 

 

Semua jawapan tertakluk kepada perubahan maklumat daripada JPPKK dan PTS dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan lain, sila klik di butang Pertanyaan/Aduan atau emel kepada kami.

Info grafik : ambilan/polycc.edu.my

soalan lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM LAIN   (TERUTAMA UNTUK BAKAL PELAJAR)

hubungi kami

Pautan umum

Hakcipta 2018-2020 Politeknik Tawau Sabah (PTS) | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | Pihak PTS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini | Sesuai dipapar menggunakan Google Chrome, Safari atau pelayar sesawang lain versi tekini dengan resolusi 1024 x 768 | Sila padam history dan refresh halaman sekiranya paparan tidak dapat dilihat.

Pautan PANTAS

POLITEKNIK TAWAU SABAH

KM 36, JALAN APAS BALUNG

91009 TAWAU, SABAH,

MALAYSIA

Tel. : +6089 950 500

Faks. : +6089 950 501

Emel : admin@politawau.edu.my

PORTAL VERSI SELULAR

> Waktu Solat (e-Solat)

> Pautan & Muat Turun Staf

> Direktori Staf

> Admin Web Log In

> Pautan & Muat Turun Pelajar

> DUP

> DRT

> DHF