hostgator coupon 75 off
Sumber Maklumat PPPTSistem Pengurusan Maklumat Sumber ManusiaSistem Pengurusan Maklumat PoliteknikSPOT-MePOLYCCGo 2.0Sistm Pemantauan Pengurusan Aset
FacebookInstagrampolitawauTVPTS Shout!TVETWhatsapp WebOne-Stop JPH
e-Pebelajaran PoliteknikSmart Book PTSOBEEKSAPelawaan SebuthargaMaklum balas, aduan & cadangan

>>>>> PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK: Bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Poiiteknik Tawau Sabah, sila layari Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti untuk memohon. <<<>>> Untuk maklumat lanjut sila klik infografik atau mana-mana pautan di laman ini atau hubungi kami. Terima kasih. <<<<<

PENGAJIAN SEPENUH MASA

Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pelancongan Rekreasi
Semakan Graduan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kamus KPI JPPKK 2024

 

 

 PERUTUSAN PENGARAH 

 

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke Portal Rasmi Politeknik Tawau Sabah (PTS). Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa, PTS turut menjadikan Portal Rasmi ini sebagai salah satu usaha dalam mendekati generasi internet sekaligus menyediakan ruang yang lebih luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami melalui maklumbalas pelawat Portal Rasmi ini.

 

TVeT, INDUSTRI 4.0 & IoT

PTS ditubuhkan antara lain bertujuan bagi menghasilkan graduan yang akan memenuhi keperluan industri berasaskan Technical and Vocational Education & Training (TVeT) serta memperkasakan industri tersebut menerusi pendekatan evolusi Industri 4.0 dan 5.0 serta Internet of Things (IoT). PTS juga komited dalam melahirkan modal insan negara dan menjadikan institusi ini sebagai pendidikan tertiari yang relevan kepada kehendak industri masa kini.

 

TERAS STRATEGIK POLITEKNIK

Menerusi Perancangan Strategik Politeknik (2018-2025), PTS turut berusaha dalam memastikan 5 Teras Strategik yang telah digariskan iaitu:

  1. memastikan graduan TVeT berkualiti;
  2. melestarikan institusi kondusif;
  3. memperkayakan bakat;
  4. mengolah reka bentuk sistem pendidikan; dan
  5. memantapkan perkongsian industri & komuniti,

dapat dilaksanakan dengan cemerlang melalui penglibatan kakitangan pengurusa profesional dan kakitangan sokongan PTS secara optimum.

 

SOKONGAN INDUSTRI & KOMUNITI

Justeru itu, selaku Pengarah PTS, saya amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak industri dan juga komuniti setempat dalam memperkasakan PTS khususnya Politeknik Malaysia sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja TVeT negara.

  

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH
POLITEKNIK TAWAU SABAH

  

 

 #PTSterusmaju

 

 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

  

 PTS Management Organisational Chart

 Klik imej di atas untuk melihat paparan yang lebih jelas (format .pdf)

 

PENGENALAN POLITEKNIK TAWAU SABAH 

 

 

Politeknik Tawau Sabah (PTS) merupakan Politeknik Malaysia yang ke-36 dan politeknik paling baharu ditubuhkan di Malaysia. PTS telah didaftarkan pada 1 September 2017 di Tawau, Sabah di bawah naungan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

 

PROGRAM PENGAJIAN 

Buat masa ini PTS menawarkan dua (2) program pengajian diploma iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP), ambilan pertama pada sesi Disember 2018, dan Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), ambilan pertama pada sesi II: 2022/2023 (Mac 2023). Semua program pengajian ini di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH).

 

CO-EXIST 

PTS merupakan satu-satunya Politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia yang wujud bersama-sama (co-exist) dalam satu kawasan. PTS dan IPG Kampus Tawau berkongsi fasiliti dan tenaga kerja meskipun mempunyai visi dan misi yang berbeza. Ini yang membuatkan PTS unik!

 

HAB PENDIDIKAN 

Bertempat di Balung, Tawau, PTS dikelilingi institusi-institusi pendidikan lain seperti IPG Kampus Tawau dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Kampus Tawau. Malah, sekolah berdekatan, SMK Balung pernah dianugerahkan sebagai 'Sekolah Cemerlang Luar Bandar'.

Tidak jauh dari Balung, terdapat beberapa lagi institusi pendidikan tinggi (IPT) seperti Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS Tawau), Open University - Tawau Learning Centre dan Kolej Komuniti Tawau Sabah (Sijil Kulinari) terletak di Bandar Sri Indah.

 

LOKASI STRATEGIK 

Selain berada dalam hab pendidikan Apas-Balung, lokasi PTS juga strategik dalam sektor pelancongan kerana tidak jauh dari Lapangan Terbang Tawau (12km), Pulau Sebatik, Malaysia-Indonesia (47km) dan jeti pelancongan ke pulau-pulau terkemuka di Semporna (74km).


DESTINASI PELANCONGAN 

Tawau, Sabah mempunyai destinasi-destinasi pelancongan menarik seperti Bukit Tawau (56km) yang diiktiraf dunia dengan penemuan pokok tropika tertinggi dan merupakan tinggalan gunung berapi dahulu kala; Bukit Gemok (46km) mempunyai jambatan kanopi tersendiri; Air Panas Tawau (41km) antara dua kolam air panas terkenal terdapat di Sabah selain di Poring, Ranau; Pasar Tanjung (37km) pula mempunyai pelbagai jualan hasil hidupan laut seperti ikan bilis, udang dan ikan kering dengan harga paling rendah sehingga menjadi tumpuan utama pelancong tempatan di seluruh Malaysia jika singgah ke bandar Tawau. Bahkan Tawau juga merupakan laluan utama untuk ke kawasan konservasi terkenal Lembah Danum dan Maliau Basin; dan perhentian utama untuk ke pulau-pulau di Semporna.

 

POTENSI PTS 

Justeru itu PTS pantas menjalinkan kerjasama bersama-sama pemain-pemain industri pelancongan di Tawau dan negeri Sabah dalam hal-hal akademik, meningkatkan kemahiran staf, tanggungjawab sosial dan promosi bagi kedua-dua belah pihak.

Ini menjadikan PTS sebagai sebuah IPT pilihan utama bakal pelajar di kawasan ini dan juga negeri Sabah untuk melanjutkan pendidikan dalam program pengajian yang ditawarkan, seterusnya berpeluang mempunyai pekerjaan khususnya dalam bidang pelancongan.

 

 

 #PTSterusmaju


 

 INFRASTRUKTUR & FASILITI

 

 

PENGURUSAN / PENTADBIRAN:

  • Pejabat Pengarah, TPA, TPSA & Lobi
  • Pejabat Pensyarah
  • Pejabat Unit Khidmat Pengurusan
  • Pejabat Unit Kewangan & Akaun
  • Pejabat Unit Hal Ehwal Pelajar
  • Pejabat Unit Peperiksaan
  • Pejabat Unit Komunikasi Korporat
  • Pejabat Unit Pembangunan & Penyenggaraan Fasiliti
  • Pejabat Unit Perhubungan & Latihan Industri
  • Pejabat Unit Pengurusan Psikologi
  • Bilik Mesyuarat
  • Stor Pusat
  • Surau
  • 2 Blok Kolej Kediaman (Asrama Pelajar)

 

AKADEMIK:

  • 17 buah Bilik Kuliah
  • 1 buah Dewan Kuliah (Al-Jabbar)
  • 1 buah Global Distribution Centre (GDC) / Makmal Komputer
  • 1 buah Tourism Recreational Resource Centre (TRRC)
  • 1 buah Tourism Simulation Centre (TSC)
  • 1 buah Tourism Interpretation Centre (TIC)
  • 1 buah Perpustakaan

  

CO-EXIST IPGKT:

  • Pusat Sumber
  • Masjid
  • Medan Selera
  • Kafeteria Asrama
  • Gimnasium
  • Astaka, Gelanggang Sukan & Padang
  • Dewan Serbaguna Datuk Amir Bek

 

GAMBAR INFRASTRUKTUR & FASILITI:

 

- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -

 

VISI, MISI, DASAR KUALITI & PIAGAM PELANGGAN

 

 

VISI & MISI

 

VISI

Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

 

MISI

  • Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;
  • Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat;
  • Menghasilkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang;
  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

 

 

DASAR KUALITI

 

Politeknik Tawau Sabah berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan asas yang berkualiti secara profesional selaras dengan objektif untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan ditambahbaik secara berterusan.

 

Dasar ini dapat dicapai melalui : 

  1. Penambahbaikan perkhidmatan asas secara berterusan dalam bidang kuasa selaras dengan dasar-dasar serta matlamat Kerajaan;
  2. Mematuhi kehendak piawaian sistem pengurusan kualiti (MS ISO 9001:2015);
  3. Mewujudkan suasana kerja yang sesuai dan selamat; dan
  4. Meningkatkan sumber manusia yang berkualiti dan cekap.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Kami, seluruh warga PTS berjanji bahawa: 

  1. Proses pendaftaran pelajar secara manual siap diproses dalam tempoh 1 hari pendaftaran;
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kalendar akademik dan kehendak silibus;
  3. Memastikan bahawa 90% pelajar lulus bagi setiap kursus yang ditawarkan;
  4. Keputusan peperiksaan akhir dapat diproses dalam masa dua minggu selepas peperiksaan akhir berakhir;
  5. Maklumbalas pelanggan akan dijawab dalam tempoh 48 jam waktu bekerja selepas aduan diterima.

 

 

PAUTAN BERKAITAN

 

  

- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -

INFOGRAFIK & PAUTAN


Klik imej untuk maklumat lanjut
* Tertakluk pada perubahan.

SUDUT MAYA EKSA - Kemaskini: 21 Julai 2023

KAUNTER BILANGAN

31

Staf (Aktif)

19

PPPT Mengajar (Aktif)

275

Pelajar Semasa (+ L.I.) (Aktif)

264

Graduan (2023)

FACEBOOK & YOUTUBE RASMI

Ke Atas