PROGRAM DIPLOMA PELANCONGAN REKREASI

 
Program ini diketuai oleh Puan Suhaini Binti Ibrahim (DH44)
 
 
SYARAT KEMASUKAN 
Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Lulus Matematik
  5. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Bahasa Melayu
    2. DUA (2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

Syarat kemasukan bagi lulusan selain SPM dan lulusan APEL, sila rujuk / klik >> Portal Pengambilan Pelajar JPPKK 

Tempoh Pengajian : 3 semester

 

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) dikembangkan khusus untuk memberikan pemahaman yang luas tentang rekreasi yang merupakan sebahagian daripada industri pelancongan. Ia adalah untuk memenuhi kecekapan yang diperlukan dalam bidang pelancongan dan rekreasi. Bidang yang diliputi adalah reka bentuk dan penyelenggaraan kemudahan rekreasi, pengurusan resort, perkhidmatan interpretasi alam, pelancongan rekreasi, dasar, psikologi rekreasi dan sumber rekreasi. Aspek-aspek asas lain dari kompetensi senggang dan rekreasi adalah seperti asas rekreasi, keusahawanan digital, perkhidmatan pelanggan, pemasaran, kesihatan dan keselamatan, pengurusan risiko dan amalan hospitaliti mesra-muslim.

 

PROSPEK KERJAYA

Diploma Pelancongan Rekreasi menyediakan pelajar dengan pengetahuan bersepadu dan kemahiran penyeliaan atau peranan pengurusan dalam bidang Pelancongan dan Rekreasi. Pasaran pekerjaan mereka mungkin termasuk:

  • Pegawai Rekreasi
  • Penyelia Taman Hiburan / tema
  • Penyelia / Penyelaras Acara
  • Penyelia / Penyelaras Taman
  • Penyelia / Penyelaras Kelab
  • Penyelia / Penyelaras Resort
  • Penyelaras / Perunding Pengurusan Senggang
  • Penyelia / Perunding Aktiviti Luar
  • Pengajar Rekreasi Luar
  • Ketua Pengembaraan (alam / bandar)
  • Pentafsir Alam / Warisan
  • Penyelaras / Perunding Pengembaraan
  • Penyelia / Penyelaras Kemudahan Rekreasi
  • Usahawan dalam Pelancongan dan Rekreasi

 

PAUTAN PROGRAM

Buku Panduan Pelajar DUP PTS:

Jom Belajar di Politeknik:

 

- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -