UNIT KEWANGAN & AKAUN

 

 

PERIHAL UNIT

Unit Kewangan dan Akaun PTS merupakan sebahagian Unit Khidmat Pengurusan yang bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di PTS. Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan, Perolehan, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan, Pembayaran Bil dan Tuntutan, Pengurusan Gaji, Pengurusan Pinjaman, Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil mengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.

Antara fungsi-fungsi utama unit:

Pengurusan Akaun dan Kewangan

  • Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem 1GFMAS bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
  • Menyedia dan menyelaras Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
  • Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.

Pengurusan Gaji

  • Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan PPD.
  • Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.

Pengurusan Perolehan

  • Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga di peringkat jabatan.

Pengurusan Hasil

  • Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil jabatan.
  • Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
  • Pengurusan Tunggakan Hasil.

Unit ini diketuai oleh: Puan Erni Binti Abd Rahman Pudin (W29)

 

PAUTAN UNIT (klik)

 

 - Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -