EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

(skrol ke bawah untuk pautan)

 

PERIHAL EKSA

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

1.    memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.    meningkatkan imej korporat;
3.    menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4.    menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5.    memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

- sumber: MAMPU

 

Untuk maklumat lanjut EKSA di PTS, boleh didapati di dalam Garis Panduan Pelaksanaan EKSA PTS, atau klik sini.

 

 

LOGO EKSA

 

Logo EKSA PTS

 

Konsep

Warna-warna yang digunakan dalam logo EKSA PTS adalah berdasarkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Negeri Sabah dan merujuk kepada amalan hijau.

 

Definisi

  • Biru tua - kekuatan dan semangat kerjasama
  • Biru muda - keamanan dan ketenteraman
  • Putih - Kemurnian dan kebersihan
  • Bunga Raflesia merah - keberanian dan keyakinan
  • Daun hijau - Kelestarian dan kehijauan
  • 4 bintik putih - 4 maksud EKSA / 4 warna / 4 daerah

 

Slogan

Slogan EKSA PTS adalah ‘Profesional, Telus dan Selamanya’.

  • Profesional - Rekabentuk korporat dan seragam
  • Telus - Jelas dan mudah
  • Selamanya - Lestari dan sentiasa amal

 

 

PAUTAN EKSA

 

Garis Panduan (Terhad):