UNIT PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN (KAMSIS)

  

 

PERIHAL UNIT

Kolej Kediaman PTS mempunyai 2 buah blok kolej kediaman yang boleh menempatkan sebanyak 200 orang siswa (lelaki) di Blok Akasia dan 200 orang siswi (perempuan) di Blok Teratai. Semua blok ini mempunyai 3 aras lantai dengan pelbagai kemudahan asas selain bilik tidur seperti bilik mandi/tandas/ruang membasuh pakaian, ruang menyidai pakaian, bilik menggosok pakaian, bilik televisyen/riadah, bilik belajar, bilik tamu, internet / WiFi dan kafeteria yang terletak berhampiran kolej kediaman.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Ketua Unit Pengurusan Kolej Kediaman dan Penasihat Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK). Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Warden/Felo telah dilantik. Pelajar boleh menghubungi Warden/Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk urusan, bantuan dan nasihat berkaitan dengan hal ehwal pelajar kolej kediaman.

Mendiami kolej kediaman bukan merupakan hak atau keistimewaan kepada mana-mana pelajar. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman berhak menawar, tidak menawar ataupun menarik balik tawaran kemudahan ini kepada mana-mana pelajar atas kepentingan politeknik (Akta 174: Jadual Kedua Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran 1976 Bahagian III Kaedah 33). Pertimbangan mendiami kolej kediaman akan sentiasa diberi kepada pelajar yang menghargai kemudahan dan bekerjasama dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan politeknik di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan serta pelajar-pelajar yang sentiasa memberi jasa dan mengharumkan nama politeknik.

Berikut adalah Warden/Felo mengikut blok kolej kediaman:

  • Encik Mohd Azmi Bin Juan - Blok Akasia
  • Encik Junaidi Bin Aripin - Blok Akasia
  • Puan Helen Binti Lau @ Abd Kadir - Blok Teratai
  • Cik Khuzaimah Binti Bahari - Blok Teratai

Unit ini diketuai oleh: Cik Khuzaimah Binti Bahari (DH41)

 

PAUTAN UNIT (klik)

Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman:

 

 - Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -

INFOGRAFIK & PAUTAN


Klik imej untuk maklumat lanjut
* Tertakluk pada perubahan.
Ke Atas