UNIT PEPERIKSAAN

 

 

PERIHAL UNIT

Unit Peperiksaan (UPep) PTS, salah satu sektor akademik di PTS merupakan Urusetia Jawatankuasa Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma PTS. Unit ini disokong dan dibantu oleh Bahagian Peperiksaan & Penilaian (BPN) JPPKK, Jabatan Akademik dan Unit Hal Ehwal Pelajar.

Unit ini diketuai oleh Puan Rusiana Binti Rahim (DH44)

 

PAUTAN UNIT (klik)

Jadual Peperiksaan Akhir:

 

Arahan-Arahan BPN JPPKK:

 

ARKIB SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR LEPAS:

 

Penilaian Alternatif (PAlt):

 

Laman, Aplikasi, Arahan-Arahan & Garis Panduan Lain BPN JPPKK:

 

 

RAYUAN KEPUTUSAN 

1. Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian

  • Pelajar yang ingin membuat rayuan ke atas keputusan penilaiannya boleh berbuat demikian secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan.
  • Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK” yang berkenaan.

 

2. Keputusan Rayuan

  • Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan mengikut tarikh keputusan rasmi rayuan. Keputusan rayuan adalah muktamad.

 

3. Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir

  • Pelajar yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan.
  • Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK” yang berkenaan.
  • Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan mengikut tarikh keputusan rasmi rayuan. Keputusan rayuan adalah muktamad.

 

 - Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -